INFO KSB

Aktiviti & Program Terkini

Halaman ini memaparkan pelbagai aktiviti, program terkini dan iklan yang dianjurkan oleh Klinik Syed Badaruddin, merangkumi saringan kesihatan, kempen kesedaran, program kebajikan, serta penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti. 

Setiap inisiatif dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesihatan, kesedaran awam, serta menyokong kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.

21 September 2025
Program Saringan Kesihatan PEKA B40
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok dengan kerjasama Rotary Club of Kuantan & MyReach telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan PEKA B40 di Kg Panching dengan kehadiran lebih 200 peserta yang menjalani pemeriksaan fizikal, ujian darah dan konsultasi kesihatan.

26 Mei 2025
Program HR Open Day / Integrity’s Day FGV Security Services Sdn. Bhd.
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok telah menyertai Program HR Open Day / Integrity’s Day anjuran FGV Security Services di Akademi Latihan Felda, Bukit Kuantan. Dalam program ini, kami berkongsi maklumat perkhidmatan kesihatan serta menghadiri ceramah kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah di tempat kerja.

14 Febuari 2025
Program Berkhatan sempena Cuti Sekolah
__________

Program Berkhatan sempena Cuti Sekolah 2025 telah berlangsung dengan lancar di Klinik Syed Badaruddin Balok. Program ini mendapat sambutan daripada ibu bapa yang mempercayai perkhidmatan kami dalam memastikan anak-anak menjalani proses berkhatan dengan selamat, selesa dan teratur.

8 Disember 2024
Program Saringan Kesihatan Percuma 2.0
_________

Program Saringan Kesihatan Percuma 2.0 telah diadakan di Klinik Syed Badaruddin Balok. Program ini memberi peluang kepada penduduk Balok, Sungai Karang dan Chengal Lempong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sebagai langkah awal menjaga kesejahteraan diri dan keluarga.

21/22 November 2024
Program Medical Checkup & Surveillance KPC
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pemantauan pekerja di Kuantan Port Consortium. Program ini bertujuan memastikan setiap pekerja memenuhi syarat kesihatan pekerjaan melalui ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian darah, serta ujian pendengaran dan paru-paru.

12 November 2024
PEKA B40 : Program Saringan Kesihatan PERCUMA
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok kini menawarkan Program Peka B40, iaitu saringan kesihatan percuma khusus untuk golongan B40. Program ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Balok bagi membantu masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan awal seperti pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah dan saringan kesihatan asas. Program ini terbuka kepada golongan B40 berusia 40 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan.

21 April 2026
Health Program RP Chemicals (M) Malaysia Sdn. Bhd.
_________

Pasukan KSB Balok telah mengadakan sesi latihan kesihatan buat warga kerja RP Chemicals (M) Sdn Bhd. Pakar OHD kami, Dr. Abdul Wahid, telah mengupas topik penting mengenai perlindungan pernafasan, bantuan kecemasan, dan penjagaan pendengaran di tempat kerja. KSB sentiasa bersedia menyokong kesihatan industri demi kesejahteraan bersama.

8 April 2026
Medical Examination Isuzu Hicom Malaysia Sdn. Bhd.
_________

Klinik Syed Badaruddin baru-baru ini telah selesai menjalankan pemeriksaan kesihatan dan ujian audiometri buat warga kerja Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd. Dengan kemudahan Unit Audiometri Bergerak kami, seluruh proses pemeriksaan dilakukan secara efisien terus di lokasi kilang tanpa mengganggu waktu operasi. Kami berbangga dapat membantu rakan industri memastikan kesihatan pendengaran pekerja sentiasa terjaga.

10 Mac 2026
Women's Health Talk Eastman Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd.
_________

Sesi kesihatan oleh Dr. Farhah Amalina di Eastman Chemical (Malaysia) Sdn Bhd menekankan keharmonian tubuh dan minda wanita melalui diet rendah glukosa, senaman konsisten, dan saringan awal seperti Pap Smear serta DEXA. Beliau turut menyarankan pengambilan suplemen penting bagi menyokong nutrisi harian dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser payudara serta masalah jantung.

3 Februari 2026
Program HSE Day Flexsys Malaysia Sdn. Bhd.
_________

Klinik Syed Badaruddin telah menjayakan booth kesihatan sempena HSE Day pada 3 & 4 Februari 2026 di Flexsys Malaysia Sdn. Bhd. Saringan yang dijalankan merangkumi BMI, gula darah, kolesterol, asid urik dan DASS, serta taklimat gaya hidup sihat oleh Dr. Syed Badaruddin. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

27 Disember 2025
Program Berkhatan Madani Indera Mahkota 2025
_________

Program Berkhatan Madani Indera Mahkota 2025 telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Klinik Syed Badaruddin Balok merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan serta ucapan terima kasih kepada Dato’ Ahmad Farhan DS Fauzi, SU Politik YAB Perdana Menteri Malaysia atas tajaan program. Tahniah kepada semua adik-adik yang berani, semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat.