INFO KSB

Aktiviti & Program Terkini

Halaman ini memaparkan pelbagai aktiviti, program terkini dan iklan yang dianjurkan oleh Klinik Syed Badaruddin, merangkumi saringan kesihatan, kempen kesedaran, program kebajikan, serta penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti. Setiap inisiatif dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesihatan, kesedaran awam, serta menyokong kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.

21 September 2025
Program Saringan Kesihatan PEKA B40
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok dengan kerjasama Rotary Club of Kuantan & MyReach telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan PEKA B40 di Kg Panching dengan kehadiran lebih 200 peserta yang menjalani pemeriksaan fizikal, ujian darah dan konsultasi kesihatan.

26 Mei 2025
Program HR Open Day / Integrity’s Day FGV Security Services Sdn. Bhd.
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok telah menyertai Program HR Open Day / Integrity’s Day anjuran FGV Security Services di Akademi Latihan Felda, Bukit Kuantan. Dalam program ini, kami berkongsi maklumat perkhidmatan kesihatan serta menghadiri ceramah kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah di tempat kerja.

14 Febuari 2025
Program Berkhatan sempena Cuti Sekolah
__________

Program Berkhatan sempena Cuti Sekolah 2025 telah berlangsung dengan lancar di Klinik Syed Badaruddin Balok. Program ini mendapat sambutan daripada ibu bapa yang mempercayai perkhidmatan kami dalam memastikan anak-anak menjalani proses berkhatan dengan selamat, selesa dan teratur.

8 Disember 2024
Program Saringan Kesihatan Percuma 2.0
_________

Program Saringan Kesihatan Percuma 2.0 telah diadakan di Klinik Syed Badaruddin Balok. Program ini memberi peluang kepada penduduk Balok, Sungai Karang dan Chengal Lempong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sebagai langkah awal menjaga kesejahteraan diri dan keluarga.

21/22 November 2024
Program Medical Checkup & Surveillance KPC
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pemantauan pekerja di Kuantan Port Consortium. Program ini bertujuan memastikan setiap pekerja memenuhi syarat kesihatan pekerjaan melalui ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian darah, serta ujian pendengaran dan paru-paru.

12 November 2024
PEKA B40 : Program Saringan Kesihatan PERCUMA
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok kini menawarkan Program Peka B40, iaitu saringan kesihatan percuma khusus untuk golongan B40. Program ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Balok bagi membantu masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan awal seperti pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah dan saringan kesihatan asas. Program ini terbuka kepada golongan B40 berusia 40 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan.

14 Januari 2026
Jawatan Kosong Di Klinik Syed Badaruddin Balok
_________

Klinik Syed Badaruddin Balok sedang membuka peluang kerjaya sepenuh masa bagi jawatan Jururawat / Pembantu Perubatan dan Pembantu Klinik untuk lelaki dan perempuan berumur 23–25 tahun. Calon yang dicari mestilah mempunyai sikap mesra, rajin, sanggup belajar serta mampu bekerja secara berpasukan dan mengikut syif. Pengalaman bekerja di klinik merupakan satu kelebihan. Resume boleh dihantar ke ksbsb.hr@gmail.com.

27 Disember 2025
Program Berkhatan Madani Indera Mahkota 2025
_________

Program Berkhatan Madani Indera Mahkota 2025 telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Klinik Syed Badaruddin Balok merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan serta ucapan terima kasih kepada Dato’ Ahmad Farhan DS Fauzi, SU Politik YAB Perdana Menteri Malaysia atas tajaan program. Tahniah kepada semua adik-adik yang berani, semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat.