PERKHIDMATAN DALAM PENJAGAAN ANTENATAL
Konsultasi Obstetrik Berkala
Sesi pemeriksaan kandungan secara berkala oleh pakar obstetrik atau doktor wanita termasuk pemantauan tekanan darah, pemeriksaan urin, dan penilaian pertumbuhan janin.
Ujian Makmal & Saringan Kehamilan
Ujian darah (Hb, antibodi, glukosa, penyakit berjangkit), ujian air kencing (protein, gula), saringan seperti HIV, hepatitis B, sifilis dan lain-lain.
Ultrasound Kehamilan (2D / 3D / 4D / 5D)
Imbasan ultrabunyi moden untuk menilai pertumbuhan janin, kedudukan plasenta, aliran darah, dan mengenalpasti sebarang kelainan struktur.
Pemantauan Pertumbuhan & Kesejahteraan Janin
Penilaian saiz rahim, denyutan jantung janin, dan jika diperlukan pemeriksaan tambahan seperti NST (Non-Stress Test) atau doppler untuk memantau kondisi bayi.
Nasihat Nutrisi & Gaya Hidup Semasa Kehamilan
Panduan pemakanan sihat, suplemen kehamilan, senaman yang sesuai, pengurusan stres dan aspek kesihatan mental ibu hamil.
Pemeriksaan Kesihatan Wanita Tambahan
Pemeriksaan serviks, ultrabunyi saluran pembiakan wanita (jika perlu), serta nasihat berkaitan persiapan melahirkan dan keperluan pra-bersalin.
